Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin tampil bercerita mengenai detik awal perkenalannya bersama suami, Azhar.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Syafiqa ketika membuat sesi live di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Momen Anak-Anak Syafiqa Melvin Bawa Cincin – ‘Part Usap Pipi Tu Terus Menitik Air Mata’
Dia tak kenal saya
Menurut Syafiqa, suaminya, Azhar tidak tahu mengenai dirinya dan mereka mula berkenalan menerusi platform media sosial. Tambah Syafiqa atau lebih mesra disapa sebagai Kak Long, dia menjemput Azhar datang ke majlis rumah terbukanya dan dari situ mereka berjumpa.
Dia tidak kenal pun saya siapa sebab dia bukan seseorang yang aktif bermain sosial media. Kami kenal kat media sosial.
Sehari je mesej untuk berkenalan. Ada satu hari tu saya buat open house dan saya saja je manis mulut jemput dia.
Lepastu dia datang seorang walaupun dia tak kenal saya siapa tapi dia berani datang.
Ujar Azhar, niatnya menghadiri rumah terbuka Syafiqa pada masa tersebut sekdar untuk mengisi perut dan berkenalan dengannya.
Masa tu saya lapar. Bila lapar kita tak fikir benda lain pun. Lepas tu sebab nak kenal dia juga. Lepas tu nampak macam sesuai dan kemudian kami berbincang dan meluahkan hasrat saya untuk berkenalan dan berkahwin.
Terdahulu, Syafiqa dan Azhar selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Disember lalu.
Sekadar info, Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata, Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.
Video
@anis.pana First kenal
Sumber: TikTok