Pelakon Diana Danielle mendedahkan busana berona hitam yang digayakan ketika menghadiri anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) baru-baru ini hasil ‘menggali’ 5,000 baju di sebuah butik pakaian.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tak Letak Harapan Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM33 – ‘Ada Yang Lebih Layak, Saya Mahu Figura Itu Naik Pentas’
Artikel Berkaitan: Filem Imaginur & Abang Adik Bersaing Sengit, Tercalon Lebih 10 Kategori & Diramal Menang Filem Terbaik Di FFM 33
Gali 5,000 baju
Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, dia terpaksa menyewa di butik tersebut disebabkan tiada pereka yang sanggup menerima tempahaan baju di saat akhir.
Saya memang suka siapkan sesuatu pada saat akhir sehingga saya terlupa tarikh FFM sudah hampir tiba. Jadi, saya tanya beberapa pereka fesyen dan semuanya cakap tak sempat, tengah sibuk dan sebagainya.
Saya tidak mahu menyusahkan orang, jadi terpaksa susahkan diri sendiri. Akhirnya saya pergi ke kedai sewa pakaian yang dalamnya ada 5,000 ‘dress’. Disebabkan itu program RTM, jadi saya perlu cari pakaian yang sesuai, jadi saya belek satu persatu.
Walaupun tak pernah pergi kedai itu, tapi saya tetap kena usaha juga untuk ke sana. Alhamdulillah saya gembira kerana pada akhirnya semua baik-baik sahaja. Pada saya, tidak kisah mahal atau tidak, tapi kalau itu adalah gaya anda, ia tetap akan nampak sesuai.
Diana berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu di saluran podcast Kata Kita musim kedua yang dikendalikan olehnya bersama Nani Roslan.
Bukan peraga fesyen
Tutur Diana lagi, dia bukanlah seseorang yang terlalu mendalami fesyen dan lebih mengutamakan gaya. Malah, katanya, dia tidak kisah untuk menyarung baju yang sama berulang kali.
Almari pakaian saya tidak besar dan hanya pakaian sama sahaja diulang-ulang. Semua kawan saya tahu mengenainya.
Saya adalah seorang pelakon, bukannya seorang peraga fesyen. Tapi, kadang-kadang ada sahaja dapatkan khidmat penata gaya dan okay dengan fesyen.
Bagi saya, jangan letakkan harga diri pada apa yang dipakai. Perkara ini sangat penting sebab nanti kita akan rasa harga diri itu bergantung pada apa kita pakai dan bagaimana orang melihat kita.
Saya adalah seorang yang tidak kisah untuk pakai baju sama berulang kali. Saya sangat kedekut dengan diri untuk mendapatkan khidmat pereka fesyen.
Kalau bab makanan atau perkara lain saya tidak kedekut. Saya tak cakap mereka yang begitu salah, tapi jangan letak nilai sesuatu barang itu sama dengan harga diri kita.
Terdahulu, Diana hadir ke FFM33 pada 7 Disember lalu bagi menyokong acara terbabit selain tercalon dalam Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Imaginur.
Filem Imaginur berjaya dinobatkan sebagai filem terbaik dan membawa pulang Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000 beserta trofi.
Video
Sumber: YouTube