Pelakon Diana Danielle, tetap positif meneruskan kerjayanya meskipun berdepan dengan pergolakkan rumah tangga bersama suami yang juga aktor Farid Kamil.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tuntut Nafkah Tertunggak Daripada Farid Kamil – ‘Saya Akan Gugurkan Kalau Dia Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perasaan Kasih & Sayang Diana Hanya Saya Yang Dapat Rasa..Ia Masih Kuat’ – Farid Kamil Tetap Nak Selamatkan Rumah Tangga
Keadaan Diana
View this post on Instagram
Menerusi podcast Kata Kita, hos bersama rancangan tersebut, Fiza Frizzy bertanya tentang keadaan Diana yang baru sahaja selesai menghadirkan diri ke mahkamah bagi prosiding perceraiannya.
Menurut Diana, dia berada di dalam keadaan yang baik kerana sudah bersedia dari segi mental.
Saya okay sahaja, sebab kita kenalah bersedia secara mental apabila kita nak buat sesuatu keputusan yang besar dan penting.
Ya, saya berasa sedikit kurang memahami tetapi dalam masa yang sama, saya perlu terima apa sahaja yang berlaku.
Bukan sekadar cinta
Dalam masa yang sama, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkata, rasa cinta semata-mata tidak mencukupi untuk sesebuah perkahwinan.
Apabila kita bercakap tentang rumah tangga, ia bukan sekadar cinta.
Kalau hanya mahu bercakap tentang cinta, jadi awak tidak begitu memahami apa itu perkahwinan.
Terdahulu, susulan gagal mendapat kata sepakat, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi pihak Diana dan Farid.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Imbas kembali, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Sumber: IG Kata Kita Podcast