Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas mengenai prosiding pengesahan rujuk dengan suami, aktor Farid Kamil yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil – ‘Tiada Faedah Untuk Saya Ulas’
Artikel Berkaitan: Diana, Farid Perlu Hadir Ke Mahkamah Pada 20 November Bagi Sebutan Permohonan Rujuk & Cerai
‘Bukan momen gembira’
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, bagaimanapun menjelaskan senyuman yang diberikan bukan disebabkan gembira dengan situasi yang berlaku, sebaliknya dia seronok bertemu pengamal media.
Bukan gembira tetapi disebabkan saya kenal rakan-rakan media, semua seperti kawan-kawan. Jadi saya senyumlah.
Ini bukan momen yang gembira untuk sesiapa pun, tolong jangan salah faham.
Sementara itu, Diana memaklumkan dia tergesa-gesa untuk pulang kerana mempunyai urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Saya ada urusan kerja yang perlu dilakukan.
Terdahulu, mahkamah mengesahkan permohonan rujuk Diana dan Farid sebagai suami isteri.
Mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember depan bagi proses perceraian yang difaikan Diana terhadap Farid dan meminta aktres berkenaan membawa sijil rujuk serta dokumen lain yang berkaitan.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.