berita

[VIDEO] Diasak Sehingga Tak Boleh Bernafas, Lelaki Muslim Mati ‘Dibelasah’ Polis

August 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini sekitar tahun 2017, dunia digemparkan dengan satu berita lelaki Muslim berkulit hitam iaitu Muhammad Muhaymin Jr. telah diasak oleh beberapa pegawai polis Amerika Syarikat sehingga maut.

Terbaru, kisah kematian Muhammad Muhaymin sekali lagi mendapat perhatian selepas video ‘tragis’ itu telah tersebar di media sosial.

Rakaman video mangsa diasak

Menerusi laporan yang dipetik daripada abc15, keluarga Muhammad Muhaymin telah mengemukakan permohonan baru untuk menuntut keadilan selepas rakaman video menunjukkan mangsa sedang bergelut dengan beberapa anggota polis. Menurut sumber, kejadian yang terjadi pada 4 Januari 2017 itu berpunca apabila Muhammad Muhaymin yang merupakan seorang gelandangan dan menghidap penyakit mental itu membawa anjing peliharaannya ke bilik mandi awam di sebuah pusat komuniti di daerah Maricopa di Arizona. Seorang pekerja telah menghubungi 911 untuk melaporkan berhubung dengan situasi tersebut. Berikutan daripada itu, empat orang anggota polis telah tiba di lokasi kejadian terus mengasak mangsa.

Lebih meruntun hati apabila melihat rakaman video tersebut memaparkan Muhammad Muhaymin sudah menjerit ‘I can’t breathe’, yang bermaksud ‘saya tidak boleh bernafas’ dan ‘Tolong Allah’ tetapi jeritan itu langsung tidak diendahkan oleh anggota polis berkenaan. Ketika anggota polis menekan lehernya hampir 8 minit,  Muhammad Muhaymin yang berusia 43 tahun itu juga sempat melaungkan ‘Allahuakbar’. 

Salah seorang daripada anggota polis kedengaran membalas, “Allah, he cannot help you right now” yang membawa maksud ‘Allah? Dia tidak boleh bantu kamu sekarang’. Mereka terus mengasak mangsa sehingga dia tidak dapat melawan sebelum mengalami sesak nafas dan meninggal dunia.

Ahli keluarga tuntut keadilan

Walaupun kes ini sudah lama berlalu tetapi anggota polis yang terlibat langsung tidak dikenakan tindakan. Malah mereka masih bekerja sebagai anggota polis seperti biasa. Oleh itu, Mussalini Muhaymin yang bekerja di pusat kesihatan masyarakat telah menuntut keadilan serta hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Peguam keluarga Muhammad Muhaymin, David Chami, rakan pengurusan litigasi di Price Law Group meminta agar penyiasatan itu dibuka semula.

Jika siasatan dibuka kembali berdasarkan apa yang kami temukan sekarang dalam tuntutan sivil kami, kami percaya bahawa beberapa petugas, bukan semuanya, tetapi beberapa pegawai akan menuntut pendakwaan jenayah.

Difahamkan, petisyen oleh Muslim.co, Grassroots Law Project dan Muslim Advocates telah dilancarkan sehingga menarik lebih daripada 73,000 tandatangan. Badan itu turut mengajak orang ramai mengadakan protes di Majlis Perbandaran Phoenix pada 26 Ogos ini.

Sumber: abc15, The Guardian

SKIP THIS AD ×