berita

[VIDEO] Diasak Selesaikan Hutang, Datuk Red Minta Semua Bersabar – ‘Mana Ada Dalam Seminggu Orang Nak Bagi Saya 10 Juta’

April 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

red

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu tampil menegaskan bahawa dia akan tetap melunaskan hutang-hutangnya namun meminta pihak yang mendakwa dan warganet untuk bersabar kerana dia masih berusaha mengumpul wang.

Artikel Berkaitan: Ramai Dedah Datuk Red Pernah Bantu Ketika Susah – ‘Kami Tolak Motor Sebab Minyak Habis, Dia Hulur RM200 Dekat Tangan Anak Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Ya! Saya Mengaku Sebagai ‘Scammer’ Tapi ‘Scammer’ Yang Baik’ – Datuk Red

Penjelasan Datuk Red

red

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh salah seorang warganet tentang hutang.

Datuk Red meminta agar mereka bersabar kerana dia baru sahaja memulakan usaha untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.

Sabar dulu, relaks dan bertenang. Ya saya tahu memang saya nak bayar, memang niat saya dan dalam TikTok saya, saya cakap saya memang ada hutang.

Benda baru seminggu, mana ada dalam seminggu orang nak bagi saya dekat 10 juta.

Tambah Datuk Red, dia sudah pun memaklumkan kepada sebahagian pemiutang tentang situasi yang dihadapinya ketika ini, malah mereka juga memahami keadaannya dan memberi sokongan.

Kadang-kadang yang komen tu dia tak tahu menahu pun.

Separuh yang saya berhutang itu, saya dah berkomunikasi dengan mereka. Mereka sokong saya dan suruh saya teruskan.

Dalam pada itu, Datuk Red mendedahkan bahawa dia kini sedang mengumpul wang untuk memulakan perniagaan sendiri dan memohon agar orang ramai menyokong setiap inisiatif yang dilakukannya.

Saya nak cari modal berniaga. Ini semua barang sahabat-sahabat saya, saya jualkan dekat platform saya. Nanti dah dapat duit saya nak jual barang saya sendiri.

Bagi saya semangat, jangan bagi saya mengalah. Saya fikirkan agama saya..hutang-hutang kena bayar. Sebab itu saya kena bangun.

Sebelum ini, terdapat beberapa individu yang tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan Datuk Red dalam urusan jual beli tanah.

Datuk Red kemudian mengakui dia adalah ‘scammer’ demi memuaskan hati semua pihak terutama warganet.

@supportdatored

#datored #redvelvetdatored #fyp

? original sound – supportdatored – supportdatored

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×