berita

[VIDEO] Didakwa Dihimpit Pelumba Johor Hingga ‘Reboh Berguling’, Terengganu Terlepas Emas?

September 14th, 2018 | by Taufiq
Isu & Kontroversi

Semalam viral di laman sosial aksi dua pelumba basikal dari negeri Johor dan Terengganu. Di dalam dua klip tersebut, salah seorang pelumba didakwa telah menghimpit pasukan lawan sehingga terjatuh.

Video yang dimuat naik laman facebook Terengganu 11 itu sehingga kini mendapat lebih 85k tontonan.

Didakwa dihimpit lawan

Menerusi posting Facebook Terengganu 11, pelumba basikal Terengganu, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim didakwa dihimpit ketika cuba untuk memintas pelumba basikal Johor.

Kekal juara, dikenakan penalti

View this post on Instagram

Makluman. Pelumba Johor Muhammad Nurfitri Ammar Rusli dikenakan penalti RM100 & relegated ke tempat terakhir selepas dijatuhi hukuman buat pecutan merbahaya. . Kejadian berlaku 50m terakhir. Insiden biasa dalam sukan lumba basikal dalam perebutan pingat emas. Semoga mematangkan & beri pengajaran semua pelumba kemudian hari. . . Skuad Johor tetap raih emas akhiri kemarau 14 tahun selepas seorang lagi pelumba mereka iaitu Mohamad Saari Amri menjadi pelumba kedua sampai di garisan penamat. Tamatkan dominasi skuad Ganu yang juga tidak pulang tangan kosong raih Perak dalam acara ini. . Caption: @sembangbola . _________________________________ . Johor: Mohamad Saari Amri (Emas), Terengganu: Wan Abdul Rahman (Perak), Wilayah Persekutuan: Muhamad Aliff Farhan (Gangsa)

A post shared by The Spirit Of MALAYA (@semangat_malaya) on

Harian Metro turut melaporkan kemenangan pasukan Johor dibantah ketua jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan kerana mendakwa pasukan itu menghimpit pelumba Terengganu sehingga terjatuh.

Terengganu mendahului sejak mula perlumbaan sehinggalah pelumba Johor (Shahmir Aiman) datang menghimpit dan terkena tayar menyebabkan dia terjatuh.

Sebab itu kita kalah. Jadi bantahan sudahpun dibuat 30 minit selepas tamat perlumbaan.

Sumber: Terengganu 11, Semangat_malaya , Harian Metro , Yeap Thean Eng

Most Read Today