Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Ziela Rashid membuat dakwaan mengenai bekas kakak iparnya yang merupakan pelakon wanita popular enggan melunaskan hutangnya.
Terbaharu, Melodi berjaya menemui pelakon wanita tersebut bagi mendapatkan respon mengenai dakwaan yang dibuat Ziela.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Adik Ipar Mohon Pelakon Wanita Bayar Hutang RM208,745.59 – ‘Sudah-Sudah Tunjuk Muka Baik Dengan Tutur Kata Yang Tertib’
‘No comment’
@melodiberapi Enggan ditemubual, pelakon ini mohon ruang untuknya & tidak mahu membuka aib mana-mana pihak! #meloditv3 #panas #sensasi #isuhangat ? original sound – Melodi tv3
Menerusi temu bual yang ditayang pada Ahad, pelakon wanita tersebut enggan memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, dia juga tidak mahu membuka aib mana-mana pihak lain.
No komen dan saya enggan membuka aib mana-mana pihak.
Selain itu, pelakon wanita tersebut tetap dengan pendiriannya tidak mahu mendedahkan identiti kepada umum.
Pertemuan diakhiri dengan persetujuan di mana pelakon ini tidak mahu mendedahkan identitinya.
Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik di antara mereka berdua tanpa melibatkan mana-mana pihak.
Terdahulu, Ziela tampil mengadu mengenai bekas kakak iparnya yang baru sahaja memenangi anugerah di sebuah majlis yang berprestij enggan melunaskan hutangnya dan suami sebanyak RM208,745.59.
Tambah Ziela, dia tidak menyangka pelakon yang sudah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan tidak membayar hutang mereka.
Sehubungan dengan itu, Ziela juga berharap bekas kakak iparnya tampil berbincang dan membayar hutang tersebut dalam tempoh masa terdekat.
Sumber: TikTok Melodi TV3