berita

[VIDEO] Didakwa Memandu Dengan Bahaya, 2 Lelaki Ini Bertumbuk Di Tol

September 18th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini kes buli di jalan raya semakin menjadi-jadi, bukan sahaja berlaku di ibu kota Kuala Lumpur malah di seluruh negara. Jika sebelum ini, kecoh di media sosial tentang kes pergaduhan di jalan raya sehingga mengakibatkan kematian.

Terbaru, satu lagi kes yang sama telah berlaku di Malaysia iaitu melibatkan dua orang lelaki berbangsa Melayu dan Cina sedang bertumbuk dalam pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tular di Facebook

https://www.facebook.com/OnlineMalaysia1/videos/450164495585186/

Kejadian ini dipercayai dirakam oleh isteri kepada seorang daripada pemandu berkenaan sebelum ianya mula tular di media sosial. Video berdurasi 02:08 saat ini telah dimuat naikkan di dalam Facebook sebelum ianya mula dikongsikan oleh warganet.

Menerusi Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata kejadian itu berlaku ketika kereta yang dipandu oleh lelaki berbangsa Cina tersebut cuba memotong van terbabit.

Sebaik tiba di Kerinchi Link, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun memotong van terbabit sebelum menekan brek di hadapan kenderaan itu.

Kedua-dua pemandu terbabit kemudiannya berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara sebelum bergaduh.

Mengalami kecederaan

Dalam rakaman tersebut, kereta yang dipandu lelaki berbaju merah seakan tidak memandu dengan selamat hingga menganggu pemanduan kereta lain yang berada di jalan raya. Pergaduhan itu telah tercetus semasa kedua-dua pemandu tersebut berada di kawasan tol.

Kedua-dua pemandu tersebut dikatakan mengalami kecederaan akibat pergelutan yang berlaku.

Pemandu van terbabit mengalami kecederaan di lutut dan muka, manakala pemandu kereta itu pula cedera di kepala, tangan dan kaki.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Facebook

SKIP THIS AD ×