berita

[VIDEO] Didakwa Terkucil Menyanyi Di Bahagian Nada Tinggi? Ini Respon Dato’ Siti Nurhaliza

May 16th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Siapa tak kenal penyanyi no 1 negara Dato’ Siti Nurhaliza yang suara memang tak dapat ditandingi dengan kemantapan vokal serta suaranya yang bak buluh perindu. Dato’ Siti Nurhaliza turut menyampaikan lagu barunya Segala Perasaan pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Namun, persembahan Siti mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Khabarnya Siti terkucil ketika bahagian nada tinggi. Betul ke?

Segala perasaan lagu baru

Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza mengakui melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu terbarunya berjudul Segala Perasaan pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 sehingga menjadi viral di laman sosial.

Sumbang sikit

 


Saya terima semua komen

Jangan risau, saya okey saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada ketika juga tak sempurna.

Apa pun saya gembira dapat mempersembahkan lagu baru. Bukan senang nak dapat peluang itu. Selalu orang sudah biasa lagu yang popular

Kesimpulannya walaupun saya penat semalam sampai tersalah sedikit ‘teran’ ketika nyanyi, ia bukan masalah besar (no big deal).

Sebenarnya ada juga yang sama-sama berjuang dan penat untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan membuatkan saya terus bersemangat untuk terus mempersembahkan yang terbaik.

Menerusi persembahan itu, Siti melakukan kesilapan falsetto pada bahagian nada tinggi lagu terbabit. Pun begitu, persembahan Siti masih mendapat pujian banyak pihak terutama pengguna laman sosial lain. Pada masa sama, Siti berterima kasih kepada peminat yang tidak berhenti mengundi dan memberi sokongan meski dia tidak tercalon dalam kategori utama.

Sumber : Berita Harian, Ctdk

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×