berita

Aliff Aziz & Pelakon Wanita Enggan Buka Pintu, Jawi Terpaksa Hubungi Bomba – ‘Tiga Jam Tunggu Depan Rumah’

March 9th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

aliff

Susulan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya yang dikatakan seorang pelakon wanita enggan membuka pintu unit, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk hadir ke sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Tiga jam tunggu

Bomba Aliff Aziz

Memetik laporan Harian Metro, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×