Meskipun sibuk dengan kerja, pelakon dan pengacara, Didie Alias tetap mencuri masa untuk memberikan semangat buat rakan pelakon, Amyza Aznan.
Artikel Berkaitan: Suami Amyza Aznan Tak Jadi Ditidurkan, Terpaksa Menjalani Dialisis Seumur Hidup
Ziarah anak Amyza
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali berkongsi momen dirinya yang menziarahi anak lelaki Amyza iaitu Andre Mikael yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dapat dilihat, Didie dan Amyza menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ buat Andre yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19.
Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini tapi hari ini (Sabtu) hari istimewa buat Andre anak kepada sahabat mummy (Amyza).
Hari ini (Sabtu) hari ulang tahun Andre yang ke-19, mummy doakan Andre terus kuat ya sayang.
Mummy (Didie) mohon doa dari semua yang baca ini doakan buat Andre semoga ada keajaiban buat Andre. Semoga cepat sembuh.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Kanta Serigala’ ini turut menzahirkan kata-kata semangat buat Amyza agar rakannya itu terus kuat menempuh dugaan.
Sempat Mummy luangkan masa walaupun sekejap dengan Amyza.
Bagi semangat dekat Amyza, bagi dia sedikit senyuman walaupun berat dugaan dihadapi.
Sama-sama kita doakan buat sahabat Mummy ya.
Terdahulu, Amyza berkongsi berita sedih mengenai anaknya Andre yang kini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Perkara itu dimaklumkan Amyza selepas Andre menerima rawatan selama tiga minggu di Hospital Ampang.
Kini, Andre dipindahkan ke HKL bagi tujuan rawatan lanjut.
Sumber: IG Didie Alias