Usahawan terkenal Datuk Seri Vida memaklumkan perkembangan terkini berkenaan isu kediaman serta barangannya yang telah disita baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Vida Lantik Peguam, Mohon Ruang Untuk Selesai Isu Sita Secara Tenang & Profesional
Artikel Berkaitan: ‘Guys Sabar La Pasal Yang Kena Sita Tu, InsyaAllah Semua Akan Okey’ – Cik B
Status terkini
Ketika ditemui OhBulan! Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memaklumkan status sitaan tersebut yang kini sedang ditunda.
Digantung dan ditunda untuk sita. InsyaAllah saya di pihak yang benar dan perkara tersebut tidak akan berlaku.
Walau bagaimanapun, usahawan berusia 53 tahun itu optimis dan tetap akan berusaha untuk mempertahankan dirinya.
Saya reda dan yakin saya akan menang. Ada ujian yang perlu saya lalui dan Allah nak bagi ganjaran kepada kita.
Segalanya melalui peguam namun saya tidak duduk diam, ada usaha dan ikhtiar serta tawakal.
Vida berkata demikian ketika ditemui pada majlis malam anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Penjelasan Vida
Sementara itu, Vida menjelaskan bahawa sebelum ini dia sudah membayar kontraktor tersebut dengan jumlah yang banyak namun mendakwa pihak terbabit tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Saya buat studio bayar duit dahulu iaitu ketika dia (pihak kontraktor) menunjukkan contoh reka bentuk studio tersebut.
Saya mahukan ianya siap dalam masa tiga bulan namun menurutnya, mereka tidak cukup bajet.
Maka saya perlu bayar dahulu RM3 juta, kemudian tak cukup dan ada lagi tambahan lain, jadi RM3 juta setengah.
Tiba-tiba bila dia dah dapat duit, dia berjalan entah ke mana. Saya hanya berurusan dengan orang bawahan. Jadi apa yang saya nak tak dapat. Studio itu tidak ada tandas dan bekalan elektrik, tak munasabah.
Terdahulu, media melaporkan beberapa aset di banglo milik pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu di Meru, Ipoh telah disita.
Ia susulan Vida didakwa gagal menjelaskan baki tunggakkan kerja-kerja pengubahsuaian kilangnya yang bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.
@ohbulanofficial Semoga dipermudahkan ?#ohbulan #fyp #news #datoserivida #ditunda #sita #rumah