![[VIDEO] ‘Digari Depan Itu Kes Ringan, Kalau Belakang Melibatkan Kes Berat’ – Ameng Spring](https://asset.ohbulan.com/2026/05/Ameng-2.jpg)
Penyanyi, Ameng Spring menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara individu yang digari di bahagian hadapan dan belakang.
Artikel Berkaitan: ‘Kesalahan Saya Dengan A Aida Adalah Sebab Da*ah, Buat Lupa Tanggungjawab’ – Ameng
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Suka Tengok Live Ameng Spring, Rasa Macam Apa Yang Dia Cakap Itu Memberi Iktibar’ – Aliff Syukri
Gari depan
Menerusi satu perkongsian klip video siaran langsung di TikTok, Ameng, 57, menjelaskan bahawa posisi gari lazimnya mencerminkan tahap kesalahan yang dilakukan.
Jelasnya, individu yang digari di bahagian hadapan kebiasaannya melibatkan kes yang lebih ringan seperti rasuah.
Memang ada perbezaan antara gari depan dan gari belakang.
Kalau kita tengok di TV, orang yang digari di bahagian depan biasanya melibatkan kes yang lebih ringan.
Contohnya, dalam kes rasuah, tangan mereka digari di depan dan ditutup dengan kain, kononnya untuk melindungi daripada pandangan orang ramai.
Gari belakang
Dalam masa sama, vokalis kumpulan Spring itu menjelaskan bahawa bagi kes jenayah berat seperti membunuh atau kegiatan gangster, suspek lazimnya akan digari di bahagian belakang.
Tetapi, ada juga yang digari tangannya ke bahagian belakang.
Biasanya melibatkan kes yang lebih berat seperti kes bunuh atau kegiatan gangster.
Jadi, jangan samakan gari depan dengan gari belakang.
Kita perlu lihat jenis kes yang terlibat terlebih dahulu.
Tambahnya lagi, posisi tangan yang digari di belakang secara praktikalnya mengehadkan sepenuhnya pergerakan seseorang, sekali gus menyukarkan sebarang cubaan untuk melarikan diri.
Kalau kes jenayah berat, biasanya mereka akan digari di bahagian belakang.
Ini kerana apabila tangan digari ke belakang, pergerakan jadi sangat terhad dan nak buat apa-apa pun susah.
Nak lari pun boleh tersembam jatuh.
Berbeza dengan gari di bahagian depan, yang masih memberi sedikit ruang pergerakan.
Sumber: TikTok