berita

[VIDEO] Digelar ‘Human Owl’, Remaja Pusing Kepala 180 Darjah Ingin Bintangi Filem Hollywood

November 11th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Memang menyeramkan! Baru-baru ini, seorang budak lelaki berusia 14 tahun menjadi viral di media sosial kerana kebolehannya memusing kepalanya 180 darjah! Dikenali sebagai Muhammad Sameer, budak lelaki yang berasal dari Karachi ini membuatkan ramai terpegun dengan kelenturannya memutar kepala sepenuh 180 darjah dengan menggunakan kedua tangannya seolah tiada apa-apa.

Mendukung gelaran ‘human owl’, Sameer menyimpan impian bakatnya itu suatu hari akan memberikan dirinya peluang untuk membintangi filem-filem Hollywood, khususnya genre seram.

Ingin membintangi filem seram Hollywood

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=Bg2iabo3XCI

Remaja, yang sentiasa melatih untuk mengekalkan keanjalannya, berkata:

Saya berusia enam atau tujuh ketika saya melihat seorang pelakon dalam filem seram Hollywood yang memalingkan kepalanya untuk melihat ke belakang. Babak itu menarik perhatian saya. Saya pun mula berlatih untuk melakukannya dan dalam masa beberapa bulan, saya berjaya. 

Haa, Hollywood ambik la Sameer ni, tak payah guna special effects dah.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×