berita

[VIDEO] Dijaga Isteri Ketika Sakit, Anak Naik Hantu Tangkap Bapa Serumah Dengan Skandal, Siap Kena Halau Lagi!

January 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Setiap individu yang bergelar anak pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Kasih sayang yang terjalin dalam keluarga secara tidak langsung membuatkan anak-anak terasa diri mereka lebih disayangi dan dihargai.

Tetapi berbeza pula dengan situasi yang dilalui gadis dari Indonesia ini apabila mendapat tahu bahawa bapa kandungnya dipercayai tergamak berlaku curang dengan wanita lain.

Bapa kantoi bersekedudukan dengan skandal

Pengalaman hitam itu dikongsikan Reni Wijaya menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok. Menerusi video tersebut, kelihatan Reni berjaya menerjah sebuah rumah yang dipercayai didiami oleh bapa kandungnya bersama si wanita perampas itu. Menurut gadis ini, dia tidak sangka bapanya tergamak melakukan perkara terkutuk di belakang ibunya.

Pada awalnya gadis ini menyangka si bapa dan si perampas akan panik dengan kehadirannya di rumah itu tetapi sebaliknya yang terjadi apabila dia dikatakan ditolak dan didesak untuk beredar dari situ.

Aku di sini mewakili perasaan ibuku dan juga perasaan wanita di luar sana. Perbuatan bapa mesti akan dibalas sang kuasa. Tapi kami menuntut keadilan di dunia.

Masa sakit dijaga oleh anak dan isteri

Bercerita dengan lebih lanjut, gadis ini mendakwa hanya dia dan ibunya sahaja yang ada di sisi bapanya ketika lelaki itu jatuh sakit pada tahun lalu selain terpaksa berulang-alik ke hospital. Pada ketika itu, wanita simpanannya dipercayai telah menghilangkan diri dan hanya datang kembali saat lelaki itu sudah sembuh.

Gadis ini mengakui sangat terkilan dengan bapanya yang berpaling tadah dan langsung tidak mengenang jasa serta pengorbanan mereka berdua.

Ternyata yang menzalimi aku bapa kandungku sendiri. Padahal baru bulan Ogos 2021 lalu melepaskan anak perempuan pertamanya ke tangan lelaki pilihannya. Tapi ternyata di sebalik semua itu ada perbuatan yang menyayat hati buat ibu dan anak-anak.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 23 juta tontonan dan kebanyakan netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan bapa Reni. Sementara itu, mereka berharap agar Reni dan ibunya akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Kena halau dengan bapa kandung

@reni.wijaya95 Balas @fatyaaagh ? Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

@reni.wijaya95 Balas @shehafsa07 ? Ajarkan Aku… – Arvian Dwi

‘Yang menzalimiku adalah bapa kandungku’

@reni.wijaya95 Balas @achyloga24 ? suara asli – Reni Wijaya

Sumber: Reni Wijaya

SKIP THIS AD ×