berita

[VIDEO] Dikecam Kerana Ambil Ira Kazar Sebagai Model, Aliff Syukri Tampil Bersuara – ‘Saya Tak Sokong Mana-Mana’

August 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Aliff Syukri Bersuara Isu Ira Kazar

Beberapa hari yang lalu, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikecam netizen selepas memilih isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model terbaharu bagi tudung dan gincu jenamanya.

Susulan itu, ramai yang menyuarakan keinginan untuk memboikot produk berkenaan dan tidak lagi mahu mengikuti Aliff Syukri di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Ambil Ira Kazar Sebagai Model, Netizen Kecam & Mahu Boikot Produk Aliff Syukri?

Aliff Syukri bersuara

Aliff Syukri Bersuara Isu Ira Kazar

Terbaharu, Aliff Syukri atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, tampil menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak menyokong mana-mana pihak sama ada Ira ataupun bekas madunya, Puteri Sarah Liyana.

Ia susulan ada pengikutnya yang bertanya mengapa memilih Ira berbanding Puteri Sarah sebagai model terbaharu bagi produknya itu.

Eh hello? Saya ni tak sokong mana-mana. Saya tak sokong Ira dan saya juga tak sokong Puteri Sarah.

Dan kalau korang nak tahu saya pernah ambil Puteri Sarah sebagai model tudung saya.

Menurut bapa kepada lima orang anak itu, dia hanya mahu fokus dalam urusan perniagaannya tanpa mahu ikut campur dengan urusan peribadi orang lain.

Jangan pula kata saya sokong Puteri Sarah lah, saya sokong Ira Kazar sebab saya tak sokong mana-mana ya?

Saya hanya fokus untuk perniagaan saya sahaja. Jadi awak semua janganlah boikot saya, janganlah tak beli produk saya.

Dalam pada itu, Aliff turut berharap agar dirinya tidak lagi menerima kecaman dan mendoakan yang terbaik buat Ira dan Puteri Sarah.

Video

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×