berita

[VIDEO] Netizen Pertikai Ira Kazar, Tak Mahu Kongsi Amalan Surah Ketika Dilanda Masalah – ‘Rahsia Ke Tak Tahu Baca Ni?’

August 24th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Surah Diamalkan Ira Kazar Ketika Masalah - 'Rahsia'

Baru-baru ini, isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat terlibat dengan sesi fotografi bersama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

Difahamkan, Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin dipilih untuk menjadi model terbaharu bagi mempromosikan tudung dan gincu jenama Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: Ambil Ira Kazar Sebagai Model, Netizen Kecam & Mahu Boikot Produk Aliff Syukri?

‘Rahsia’

@intan_payung99 #CapCut #irakaza #fyp #alifsyukriterlajaklaris ? original sound – intanpayung

Terbaharu, tular satu potongan video di TikTok memaparkan sesi siaran langsung yang dibuat Aliff bersama Ira sambil ditemani anak perempuan usahawan itu, Qadeejah El Zahra.

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat bertanyakan apakah surah yang diamalkan Ira untuk membantu menenangkan dirinya ketika berada dalam masalah dan sebagainya.

Boleh tahu tak surah yang Ira selalu baca bila kalau ada masalah ke apa ke kan?

Namun begitu, jawapan yang diberikan bekas madu kepada pelakon Puteri Sarah Liyana itu begitu mengejutkan orang ramai.

Rahsia

‘Reaksi Qadeejah mewakili kami’

Surah Diamalkan Ira Kazar Ketika Masalah - 'Rahsia'

Surah Diamalkan Ira Kazar Ketika Masalah - 'Rahsia'

Surah Diamalkan Ira Kazar Ketika Masalah - 'Rahsia'

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak senang dengan jawapan yang diberikan Ira Kazar. Mereka mendakwa Ira memberikan jawapan tersebut adalah kerana tidak tahu membaca ayat suci al-Quran.

Dalam pada itu, wargamaya juga dilihat terhibur dengan reaksi muka yang ditunjukkan Qadeejah yang seakan pelik dengan jawapan yang diberikan.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×