berita

[VIDEO] Dikecam Satu Dunia Kerana Suicide Forest, Ini Perangai ‘Selekeh’ Bintang YouTube Di Sekitar Jepun.. Memalukan!

January 7th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila bintang YouTube terkenal dunia, Logan Paul telah memuat naik video dan merekod salah satu badan mangsa bunuh diri di Suicide Forest, Jepun. Bukan rekod sahaja, malah Logan mengeluarkan kata-kata ejekan serta tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kepercayaan rakyat Jepun.

Tindakannya itu telah mendapat kecaman satu dunia, malah selebriti Hollywood juga mengecam tingkah laku Logan dan melabelkannya sebagai ‘Memalukan, tidak hormat, tidak bertanggungjawab.’ Selain dari isu Suicide Forest, Logan juga buat ‘kecoh’ di sekitar Jepun.

Perangai & tingkahlaku menjelikkan

Terdahulu, Logan telah memuat naik video pengalamannya masuk ke hutan misteri yang terkenal di Jepun iaitu Suicide Forest. Dimana ramai orang terutamanya rakyat Jepun menamatkan nyawa mereka di hutan tersebut oleh kerana stress dan bebanan hidup yang tak dapat ditanggung.

Logan masuk bersama rakan-rakannya dan memandang remeh tentang perkara itu. Paling teruk lagi apabila Logan menunjukkan tubuh mayat tergantung di pokok dalam videonya.

Selebriti melabelkan Logan sebagai seorang yang ‘Memalukan’

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×