Celoteh comel kanak-kanak yang tidak dibenarkan bermain aplikasi Tiktok dan Mobile Legend telah mencuit hati netizen. Di Facebook, video yang dimuatnaik oleh bapanya itu telah mendapat hampir 200k tontonan dan 5k perkongsian.
Menerusi mStar Online, kakak kepada Muhammad Aqil Ahmad Nahar memberitahu adiknya dilarang menggunakan aplikasi tersebut kerana umur masih muda.
‘Oh nak upload Tik Tok ye’
Nur Syahirah Ahmad Nahar memberitahu memang benar adiknya tidak dibenarkan bermain aplikasi tersebut.
Aqil memang pernah install kedua-dua aplikasi itu dalam telefonnya. TikTok ni bagi saya macam benda tak berfaedah.
Nanti dia dah ketagih, hari-hari nak buat video TikTok, macam mana? Mobile Legend pula, wujud karakter hero yang seksi, itu sahaja sebabnya.
Permainan yang mengarut kita tapis la. Tapi ada juga permainan yang menguji minda. Kami tak menentang permainan macam tu kalau ia memberi kebaikan kepada Aqil.
Dia budak yang ceria, jadi seeloknya gunakan bakat bercakap dia tu dengan baik daripada main benda tak berfaedah.
Menurutnya lagi, permainan tersebut langsung tidak memberi faedah sebaliknya membuatkan ketagihan.
Masuk radio!
Selepas viral dengan video ‘Tiktok’ tersebut, adik Aqil berpeluang ditemuramah DJ Radio Era iaitu Johan, Ray dan Hanif. Korang dengarlah sendiri, memang lucu betul!
Sumber : mStar Online , Aquaticman Longman Jr