Pempengaruh media sosial, Mira Rosli atau lebih dikenali sebagai Mira Kuku meluahkan rasa sebak mengenangkan nasib dirinya yang menghidap pelbagai penyakit sehingga ‘hilang’ nikmat untuk merasai minuman berkarbonat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Tak Serik Beranak Lagi, Idam Anak Lelaki Pula – ‘Masa Keluar Bilik Bedah Saya Dah Berjanji..’
Artikel Berkaitan: Mira Filzah & Suami Tak Tolak Rezeki Untuk Miliki Anak Kedua – ‘Kami Go With The Flow’
Menangis disahkan hidap diabetes
@aira_huz #mira #mirakuku #mirakukuviral #kuihkapit #viral #mirakukufans #fyp? #semperit #mirakuku ? original sound – ????
Menerusi penstriman langsung yang dikongsikan semula di TikTok, Mira yang baru sahaja disahkan menghidap penyakit diabetes itu dilihat menangis di hadapan suaminya, Dr Raiman.
Mira yang mempunyai hampir 1 juta pengikut di TikTok seakan tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan merasai kehidupannya tidak adil sedangkan selama ini dia telah menjaga pemakanannya dengan baik.
Berilah peluang kepada saya rasa minuman manis (berkarbonat). Lepas ini saya tidak akan minum manis. Saya nak makan ayam tak boleh, Kyochon tak boleh, makan telur tak boleh.
Luah Mira lagi, disebabkan keadaan kesihatannya itu, dia tidak boleh menikmati makanan kegemarannya sebaliknya terpaksa berpantang dan hanya dibenarkan makan nasi bersama sayur brokoli dan ikan sahaja.
Macam mana saya nak nikmati hidup saya?
Cuba awak jaga makan macam saya. Makan nasi, brokoli, ikan, boleh ke hari-hari?
Difahamkan, Mira menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang merupakan penyakit kronik autoimun di mana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badan sendiri.
SLE boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain.
Sumber: TikTok