berita

[VIDEO] Disahkan Positif Covid-19, Pengantin Nekad Teruskan Majlis Kahwin Di Pusat Rawatan

December 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini sedikit sebanyak telah memberi pelbagai kesan terhadap kehidupan rakyat.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila satu pasangan sanggup meneruskan majlis perkahwinan di pusat rawatan di India walaupun pengantin perempuan disahkan positif Covid-19.

Positif masa hari kahwin

Menerusi laporan yang dipetik daripada India Times, pengantin perempuan disahkan positif Covid-19 pada hari perkahwinan tersebut. Meskipun mengetahui perkara itu, pasangan pengantin ini nekad untuk meneruskan majlis di Bara, Shahbad India.

Tetapi dalam masa yang sama mereka masih mematuhi langkah-langkah keselamatan dan protokol yang disarankan oleh kerajaan.

Pengantin pakai PPE

Berdasarkan video yang dikongsikan di Twitter ANI memperlihatkan pasangan pengantin lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika melafazkan ikrar perkahwinan. Bukan sekadar PPE, pengantin perempuan juga memakai pelindung muka dan sarung tangan manakala pengantin lelaki memakai serban tradisional pada kepala selain mengenakan sarung tangan.

Selain pasangan pengantin, paderi dan beberapa individu lain turut mengenakan PPE sepanjang majlis berlangsung iaitu selaras dengan norma baharu Covid 19. Video tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat 4.4k tanda suka selain menerima pelbagai respon daripada netizen.

Sumber: India Times, ANI

SKIP THIS AD ×