Sekadar gambar hiasan
Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri yang akan menjadi ‘pelengkap’ dalam sesebuah keluarga. Namun, tak semua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat dan ada yang perlu menunggu hingga puluhan tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 6 Tahun Sabar Menanti Cahaya Mata, Pasangan ‘Cekal’ Sebak Bila Disahkan Mengandung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai
Apa yang lebih menyedihkan, apabila terdapat senario di mana si isteri lazimnya akan dipersalahkan oleh keluarga mentua dan dituduh menjadi punca utama mengapa masih belum dikurniakan cahaya mata.
Disalahkan oleh ibu mentua sendiri
Foto: Tangkap layar video
Seperti kisah yang dikongsi Infobumildansikecil menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, meraih perhatian ramai menceritakan nasib yang menimpa seorang wanita ‘malang’ apabila asyik dipersalahkan oleh ibu mentua sendiri apabila belum diberikan rezeki untuk mengandung.
Kisahnya bermula apabila pasangan ini datang ke klinik bagi membuat pemeriksaan lanjut dan menceritakan mereka sudah pun mendirikan rumah tangga selama 11 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, apabila mereka hampir bercerai kerana pihak keluarga mentua mendakwa menantunya mandul dan tidak dapat memberikan zuriat buat anak lelaki mereka.
Hampir bercerai kerana pihak keluarga suami cakap isteri mandul. Hasil pemeriksaan mendapati rahim wanita itu normal dan tidak mempunyai sebarang masalah dan boleh mengandung seperti biasa.
Namun, dakwaan yang dilemparkan oleh ibu mentua meleset sama sekali apabila doktor menjelaskan hasil laporan makmal menyatakan sperma lelaki berkenaan mempunyai masalah Teratozoospermia (Pemeriksaan air mani mendapati sebanyak lebih 40% sperma dalam air mani mempunyai bentuk yang tidak normal).
Suami mengalami teratozoospermia
Pada masa yang sama, doktor ini sempat menceritakan lebih 50% kes kemandulan adalah berpunca daripada pihak suami sendiri. Di hujung video tersebut, wanita ini menjelaskan dia sama sekali tidak akan berputus asa dan akan tetap berusaha bersama suaminya bagi mendapatkan anak kandung sendiri.
Video penuh:
Sumber: Infobumildansikecil