Foto: Tangkap layar video
Bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan menanti momen-momen tersebut dengan penuh sabar. Zuriat yang dilahirkan umpama pintu rezeki dalam sesebuah keluarga dan bakal menyambung keturunan pasangan ini.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…
Artikel Berkaitan: ‘Syahid & Syurga Buatmu Sayang’ – Suami Reda Isteri Meninggal Dunia Saat Melahirkan Anak
Artikel Berkaitan: ‘Jari Ibu Ini Tak Sempat Lagi Membelaimu’ – Wanita Sayu, Bayi Usia 35 Minggu Meninggal Dalam Kandungan
Bagaimanapun, seperti perkongsian wanita cekal dikenali sebagai Opalopal menerusi video di laman TikTok, menceritakan sisi berbeza apabila suaminya meminta untuk dia mengugurkan anak yang dikandungkan yang sudah memasuki tujuh bulan.
Suami ajak cerai kalau tak gugurkan kandungan
Foto: Tangkap layar video
Kisah kecekalan wanita ini bermula, apabila dia sama sekali tidak menyedari perutnya yang semakin membesar saban hari dan tidak menjangkakan yang dia sedang mengandung. Musykil dengan keadaan perutnya, wanita muda ini mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di klinik.
Mula-mula ingat perut kembung, tapi makin lama makin besar. Akhirnya aku pergi buat pemeriksaan dekat klinik dan doktor beritahu aku sedang mengandung memasuki bulan ketujuh.
Penjelasan doktor ketika itu, yang menyatakan dia sedang mengandung membuatkan dia berasa gembira dan mahu menceritakan saat indah ini kepada suaminya. Namun, respon yang diberikan si suami membuatkan dia tergamam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya.
Terkejut sangat ketika itu. Lepas itu, aku beritahu suami tapi dia siap cakap kita cerai saja kalau kandungan tersebut tidak digugurkan.
Lebih rela berpisah dengan suami
Foto: Tangkap layar video
Ujar wanita ini lagi, dia lebih rela untuk berpisah daripada ‘terpaksa’ mengugurkan kandungannya semata-mata memenuhi kehendak suaminya yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Tapi aku memutuskan untuk cerai daripada harus digugurkan kandungan ini kerana anak adalah anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan disayangi dengan sebaik mungkin.
Menerusi video yang lain, wanita ini sempat menceritakan sepanjang mengandung dia sama sekali tidak mengalami alahan-alahan seperti ibu mengandung yang lain dan hanya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor susulan rasa sakit di bahagian perut.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila si suami sempat memberikan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata kepada wanita ini.
Alasannya dia belum sedia punya anak. Dia juga tak pernah bagi nafkah dekat aku daripada mula kahwin sampailah kami cerai.
Video penuh:
@opalopal_10harus kuat walaupun tidak ada suami?? ##fyp? ##viral ##wanitakuat ##wanitahebat ##semangatberjuang ##xyzbca? Di sound ini banyak orang2 kuat – MILKAAAA
@opalopal_10? ##wanitakuat ##wanitahebat ##wanitatangguh ##wanitasabar ##semangatberjuang ##fyp? ##viralin ##beradafyp? ##xyzbca? original sound – SusanGrace23
@opalopal_10Balas @wulancollections mohon maaf ya, sepupuku paling demen mainin puser aku ??? ##fyp? ##viralin ##wanitakuat ##wanitahebat ##wanitatangguh ##xyzbca? Di sound ini banyak orang2 kuat – MILKAAAA
@opalopal_10bunda selalu memberikan yg terbaik untuk kamu sayang ?? ##fyp? ##viralin ##wanitakuat ##wanitahebat ##semangatberjuang ##kamupastibisa ##xyzbca? original sound – All About Music ?
Sumber: Opalopal