Tindakan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura meminta seorang kanak-kanak mendoakan agar dirinya hamil anak lelaki mencuri tumpuan ramai.
‘Doakan auntie dapat baby boy ye’
@skaies “doakan auntie dapat boy ye” sambil gosok perut #fazura ? original sound – user7056712400037 – sky is blue
Menerusi video yang dikongsikan memaparkan Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin sedang berada di The Strand Mall, Kota Damansara sempena jualan gudang produk jenamanya.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah ketika bergambar bersama salah seorang peminatnya yang membawa dua anak lelaki, aktres itu spontan meminta kanak-kanak tersebut mendoakan agar dia juga dikurniakan zuriat lelaki.
Doakan auntie dapat baby boy ye.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Fazura bertemu jodoh kelak dan impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki termakbul.
Cantiknya Fazura, harap siapa jodoh Fazura dia boleh lindungi dan bimbing Fazura
Dari dulu dia sebut nak adik Fatima nak baby boy. Semoga ada rezeki Fatima dapat adik
Sedih pula bila dengar dia cakap nak baby boy
Kasihan dengar, sebab dia dari dulu nak baby boy
Semoga suatu hari nanti Fazura ditemukan jodoh dan dikurniakan baby boy
Sumber: TikTok