Pengarah sensasi, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecewa kerana sepanjang sesi Jawatankuasa Pendamaian (JKP) dia tidak berjumpa dengan isterinya, Puteri Sarah kerana dilaksanakan secara berasingan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ada Buat Solat Istikharah, Bukan Ira Yang Mengganggu’ – Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Asal Tak Tulis 100 Kali?’ – Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Bersetubuh Luar Nikah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Sedang Dalam Siasatan Di Bawah Akta 559, Persetubuhan Luar Nikah’ – Puteri Sarah
Syamsul tak dapat jumpa Sarah
Proses pendamaian yang berlaku di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu berlangsung selama dua jam pada hari ini. Walau bagaimanapun, Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri menyatakan sesi yang diasingkan itu ternyata menyukarkannya untuk berdamai bersama Sarah, namun dia tetap menghormati proses tersebut.
Saya sangka dapat bersemuka dengan Sarah tadi, tapi proses JKP bukan sebegitu. Jadi saya agak kecewa namun saya hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik.
Pelakon dan pengarah yang berusia 38 tahun itu turut menjelaskan bahawa jalan perpisahan bukanlah sebuah perkara yang mudah dan dia ingin sekali bertemu dengan Sarah untuk berbincang tentang hal berkenaan.
Orang selalu cakap kenapa saya enggan menceraikan Sarah. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain.
Perceraian bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.
Mahu Sarah terima poligami
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak ini juga menzahirkan hasratnya agar Sarah dapat menerima kehidupan berpoligami bersama isteri keduanya Ira Kazar kerana masalah rumah tangga mereka bukanlah sebuah pesta yang saling membuka aib masing-masing.
Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang mengenai giliran untuk bermalam bersama isteri-isteri saya. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.
Syamsul turut memberitahu bahawa dia akan cuba mempertimbangkan keinginan Sarah untuk bercerai sekiranya Sarah bersedia untuk menemuinya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah memerintahkan Syamsul dan Sarah untuk melantik wakil JKP dalam kes permohonan cerai mereka.
Pada Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Kemudian diikuti, Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu untuk memfailkan hadanah iaitu hak penjagaan anak terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Harian Metro