Setiap kali mahu mendodoikan anak, ibu-ibu pasti akan mengalunkan lagu, nasyid atau zikir yang menjadi kegemaran mereka. Alunan yang lembut ini akan membantu mempercepatkan lagi proses anak tidur. Sekejap je dah lena.
Seperti perkongsian menarik individu ini di Twitter, seorang penyanyi latar dari India berkongsi lagu-lagu yang pernah dinyanyikannya untuk menidurkan anak. Paling menjadi kegemaran adalah lagu arab iaitu zikir Hasbi Rabbi.
Anak mahu lagu arab
Sithara krishnakumar (non muslim) penyanyi latar popular di Kerala India. Dlm program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya. Sithara kata ada byk lagu dia nyanyi. Yg jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yg berbunyi begini…… pic.twitter.com/OPyFcMMI8w
— ??? ? (@iamajayrahman) October 29, 2019
Mendapat lebih 7k retweet dan 5k likes, lelaki ini berkongsi keratan bual bicara seorang penyanyi latar yang popular di India. Di dalam program bual bicara tersebut, dia ditanya lagu-lagu yang pernah digunakan untuk mendodoikan anak. Sithara Krishnakumar menjawab, banyak lagu tetapi lagu arab yang paling disukai anak.
Apa yang menarik perhatian adalah rentak dan melodi lagu arab tersebut sama seperti zikir Hasbi Rabbi. Di ruangan komen, orang ramai tertanya-tanya adakah dia faham maksud sebenar zikir yang dialunkannya itu.
Tarik perhatian
Sumber : @iamajayrahman