![[VIDEO] Doktor Kongsi Gaya Hidup ‘Frugal Minimalist’, Tinggal Bersama Suami Dalam Bilik 45 Kaki Persegi](https://asset.ohbulan.com/2025/11/dr-minimalist.jpg)
Baru-baru ini, seorang doktor tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya mengamalkan gaya hidup ‘frugal minimalist’, yang menekankan kesederhanaan dan kehidupan yang lebih tenang.
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Cerewet Bab Pakaian, Pilih Rekaan Minimalis..Bukan Kerana Bayaran
Artikel Berkaitan: Nada Embun, Perumahan Terbaru Dengan Konsep Minimalis & Dilengkapi Sistem Smart Home
Gaya hidup minimalis
Menerusi perkongsian di TikTok Dr. Amirah Alieya Mohamad mengakui dirinya dahulu seorang yang suka membeli-belah dengan menggunakan kad kredit sehingga menjadi bebanan hutang.
Saya dulu seorang kaki shopping. Sejak remaja, saya suka membeli pakaian, beg dan macam-macam lagi.
Setiap kali shopping, saya rasa gembira, tetapi rasa gembira itu sekejap sahaja.
Bagaimanapun, dia dan suami kini mengamalkan gaya hidup sederhana dengan menetap di bilik kecil bersaiz 45 kaki persegi di klinik yang mereka urus sendiri.
Saiz itu sudah cukup untuk kami berdua.
Mula buang barang
Sementara itu, Dr. Amirah menjelaskan bahawa titik perubahan berlaku apabila dia mula menyingkirkan barangan yang tidak diperlukan.
Ujarnya, tindakan itu sekaligus membuka ruang ketenangan dalam hidupnya.
Saya mula buang barang, derma pakaian, jual gajet saya tapi yang paling penting saya lepaskan diri palsu saya yang lama.
Keresahan dalam diri saya berkurang. Tidak lagi rasa tertekan dan hati menjadi tenang.
Dalam video tersebut, Dr. Amirah sempat menunjukkan keadaan di dalam bilik tersebut berserta keperluan dan barangan yang digunakannya.
Difahamkan, sebelum ini Dr. Amirah dan suaminya pernah menyewa sebuah apartmen studio, namun akhirnya memilih untuk menetap di bilik kecil di klinik mereka sebagai langkah menjimatkan kos.
Sumber: TikTok

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)
