Saban hari wabak koronavirus dilihat semakin menjadi-jadi sehingga telah memberi kesan terhadap kesihatan penduduk di negara China dan juga seluruh dunia. Apa yang lebih membimbangkan apabila angka kematian berhubung kes ini telah meningkat.
Berikutan daripada kes ini, kebanyakan hospital di China dipenuhi dengan pesakit yang dijangkiti wabak koronavirus sekaligus telah memberi tekanan kepada doktor yang bertugas di sana. Seperti satu video yang telah tersebar di Weibo menunjukkan seorang doktor hilang sabar dan mengalami tekanan di hospital tempat dia bekerja.
Tak dapat sambut Tahun Baru Cina
footage of a Wuhan doctor having a mental breakdown#wars #WuhanCoronavirus #wuhanvirus #Wuhan pic.twitter.com/r5OSSPkukL
— joyce chan ling (@JoceeeeCL) January 23, 2020
Menerusi video yang berdurasi 1:17 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Joyce Chang Ling memaparkan seorang doktor sedang berbual dengan seseorang dan berdasarkan perbualannya dapat disimpulkan dia sedang mengalami tekanan kerana memikirkan keadaan hospital yang dilihat agak kelam-kabut dengan jumlah pesakit yang ramai. Apa yang lebih menyayat hati apabila doktor ini turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meluangkan musim perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang lebih-lebih lagi pada hari tersebut merupakan sambutan Festival Musim Bunga Cina.
Bukan itu sahaja, doktor ini juga turut mengadu ruang di hospital dan katil yang ada di situ tidak cukup untuk menampung ke semua jumlah pesakit. Tambah doktor ini lagi, kelengkapan perubatan seperi topeng surgikal, ubat-ubatan dan juga pakaian pelindung untuk pegawai perubatan juga tidak mencukupi. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan pegawai perubatan yang bertugas.
‘Mereka juga manusia biasa’
Perkongsian ini telah mendapat perhatian pengguna media sosial dari seluruh dunia. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa simpati dan kasihan mengenangkan nasib yang menimpa doktor serta pegawai perubatan yang bertugas di hospital berkenaan kerana tidak dapat meluangkan masa dan menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga.
Pengguna media sosial juga turut menggelarkan mereka sebagai ‘hero’ kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti wabak koronavirus ini.
Sumber: Joyce Chang Ling