Isu pembantu rumah doktor selebriti, Dr Say Shazril masih menjadi perhatian netizen di media sosial.
Terbaru, Dr Say tampil dengan sebuah video dan menceritakan mengenai polisi setiap pembantu rumahnya agar netizen tidak salah faham.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’
Dua polisi yang berbeza
Menerusi posting yang dimuat naik, Dr Say memberitahu bahawa pembantu rumah dari Filipina dan Indonesia mempunyai polisi yang berbeza daripada pelbagai perkara.
Daripada video sebelum ini, ramai yang cakap saya ini baik sangat dengan pembantu rumah. Mari saya cerita mengenai pembantu dari Filipina dan Indonesia ini berbeza polisnya. Saya ambil pembantu Filipina pada bulan April 2023 dan pembantu dari Filipina ada beberapa syarat yang perlu saya patuhi.
Pertama gaji minimun RM1800 sebulan. Kedua, mereka wajib ada satu hari cuti dalam seminggu. Kalau kita nak dia kerja masa cuti, kena bayar RM70 sehari. Ketiga, telefon wajib diberikan kepada mereka untuk pegang cuma penggunaan telefon boleh dihadkan selepas waktu kerja. Terakhir, mereka wajib dapat lapan jam rehat yang berterusan.
Tambah Dr Say, dia mengambil pembantu rumah dari Indonesia pada bulan Mac tahun ini. Polisi bagi pembantu rumah Indonesia berbeza daripada Filipina. Telefon bimbit mereka boleh dipegang oleh majikan. Bukan itu sahaja, mereka tiada cuti dan gaji minimun hanya RM1500 sebulan.
Jadi apabila pembantu rumah Indonesia saya dah mula kerja, takkan saya tak bagi dia pegang telefon sewaktu pembantu Filipina sedang pegang telefon. Takkan pembantu rumah Indonesia saya tak ada hari cuti kalau yang Filipina ada cuti.
Berkaitan gaji, pembantu Indonesia dapat tahu daripada resit yang saya transfer bahawa gaji pembantu Filipina lebih tinggi daripada dia. Dia minta lebih dan kami tak turuti. Jadi bila ada dua pembantu dari dua negara yang berbeza dengan dua polisi yang berlainan mestilah kita kena ikut yang mana boleh ‘humane’ yakni pembantu Indonesia ikut pembantu Filipina.
Berbicara lebih lanjut, Dr Say turut memberi penjelasan mengenai mengapa dia tidak mengambil kedua-dua pembantu rumah dari Filipina.
Ini kerana, pembantu Filipina yang masuk negara Malaysia ikut cara halal perlu ambil enam bulan melalui agensi. Sebab rata-rata mereka beragama Kristian. Untuk Kristian bekerja dengan majikan Melayu perlu dokumen yang banyak dan lengkap.
Kebetulan masa itu saya nak pembantu segera. Jadi saya ambil keputusan ambil pembantu dari Indonesia. Lagi satu saya fikir kalau ada perbezaan dari segi bahasa mungkin mereka tak panjang akal. Tetapi saya salah. Bila jadi kejadian macam ini, bukan salah agensi dan kewarganegaraan tetapi salah individu itu sendiri.
Layan baik macam mana pun, kalau dia nak pijak kita dia akan pijak. Layan tegas dia akan lari.
Di akhir video, Dr Say berkata, dia tidak serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Tambahnya, dek kerana jadual kerja yang tidak menentu, dia memerlukan pembantu rumah.
Cuma saya kena lebih berhati-hati sangat selepas ini. Pembantu rumah Filipina masih ada dengan saya sebab sebelum ini dia tak pernah keluar sepanjang hari cuti. Mungkin dia ‘peer pressure’ sikit. Moga kisah saya jadi iktibar buat anda semua.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Dr Say