Pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr Say membuat permohonan maaf selepas menerima kecaman hebat daripada wargamaya yang mempertikaikan tindakannya meninggalkan anaknya bersama pembantu rumah ketika bercuti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Kali Ini Melibatkan Kekerasan Terhadap Baby Zeqriel
Dr Say mohon maaf
@say_shazril0Atas kelalaian sy. Banyak kecaman, nasihat & teguran yg sy terima & sy terima dengan hati terbuka untuk sy perbaiki diri sy. Sy bernasib baik anak sy tiada kecederaan atau kecacatan kekal & sy hargai setiap kata2 anda semua. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua & again my sincerest apology for the mistakes that i have done.? original sound – say_shazril
Menerusi hantaran di TikTok, Dr Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengakui kesalahan dan kesilapan yang akhirnya telah ‘memakan’ dirinya sendiri.
Saya tahu dekat luar sana, ramai yang mengecam saya. Tinggalkan anak-anak bersama ‘helper’ terutamanya selepas kejadian helper bawa masuk lelaki Julai lepas.
Saya terima kecaman, teguran, nasihat anda semua, dan saya akur yang saya bodoh sebab mudah percayakan orang lain dan saya sepatutnya buang terus maid Filipina tu pada kejadian lepas.
Sebab sebelum insiden itu, saya tengok dia baik. Tak pernah minta keluar rumah langsung pada hari cuti.
Dia juga memaklumkan bahawa sudah memberhentikan pembantu rumahnya yang berasal daripada Filipina itu.
Namun, alangkah terkejutnya apabila mendapati bekas pembantu rumahnya itu pernah melakukan kekerasan sehingga meninggalkan kesan lebam terhadap anaknya.
Tapi selepas dia dah dibuang ini, baru saya dapat tahu dia cakap hidung anak saya macam babi.
Dia selalu cubit anak saya dan dia periksa balik nak tengok ada kesan lebam ke tak.
Apabila mandikan baby, dia terus jirus seluruh muka dan bukannya mandikan perlahan-lahan.
Dr Say ambil pengajaran
Dalam pada itu, Dr Say memaklumkan dia dan isteri akan memperbaiki kelemahan sebagai ibu bapa terutama sekali sewaktu mereka perlu bekerja di luar kawasan.
Selepas ini kalau saya dan isteri nak pergi bercuti ataupun ‘outstation; untuk bekerja, kami akan bawa semua anak sekali atau letak anak-anak di rumah keluarga sekali dengan ‘helper’.
Saya akui semua ni berpunca daripada kelalaian sendiri, dan saya tak rasa diri saya lebih baik daripada sesiapa di luar sana.
Di akhir hantaran, pempengaruh berusia 36 tahun ini meluarhkan rasa syukur kerana tiada kecederaan serius yang berlaku kepada anaknya selepas dikasari pembantu rumah tersebut.
Saya bernasib baik anak saya tiada kecederaan atau kecacatan kekal dan saya hargai setiap kata-kata anda semua.
Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua dan saya minta maaf secara ikhlas atas kesalahan yang telah saya lakukan.
Terdahulu, pembantu rumah Dr Say didakwa melakukan kekerasan terhadap bayinya itu yang berusia kira-kira 10 bulan.
Menerusi hantaran di Instagram, Dr Say memberitahu, pembantu rumah tersebut merupakan pembantu yang sama ditangkap membawa masuk lelaki ke dalam rumah beberapa bulan lalu.
Sumber: TikTok Dr Say