Pempengaruh yang juga doktor perubatan, Dr. Say Shazril memberitahu peralatan ‘baby walker’ akan melambatkan proses bayi berjalan.
Artikel Berkaitan: Anak Dr. Say Shazril Trauma Selepas Kejadian ‘Maid’ Kantoi Bawa Jantan Masuk Rumah – ‘Sefriel Jadi Tak Bersuara’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’
‘Sekat perkembangan bayi’
Menerusi hantaran di TikTok, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin berkata, ‘baby walker’ akan menyekat motor perkembangan bayi untuk berjalan dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada perlatan tersebut.
Sepanjang saya membesarkan tiga anak lelaki, satu barang bayi yang saya tak pernah dan tak akan beli adalah ‘baby walker’.
Ramai orang ingat ‘baby walker’ akan membantu dan menyokong mempercepatkan bayi berjalan, padahal ‘baby walker’ melambatkan proses bayi berjalan.
Kenapa? Pertama, ‘baby walker’ menyekat perkembangan motor yang normal. Bayi akan bergantung pada sokongan dari ‘walker’ berbanding kekuatan otot mereka sendiri.
Selain itu, Dr Say turut menjelaskan ‘baby walker’ akan mendorong ke arah cara jalan yang tidak betul selain mendatangkan risiko bahaya kepada bayi.
Kedua, ‘baby walker’ menggalakkan pergerakan jalan yang salah sekali gus menjurus ke arah cara jalan yang tidak sepatutnya.
Ketiga dan paling penting adalah tentang faktor keselamatan. Selalunya, ‘baby walker’ digunakan ketika usia bayi sudah mencecah enam bulan. Ketika usia itu, bayi akan belajar ‘grab things’ (capai barang).
Bayangkan, bayi itu menarik barang di tempat tinggi seperti wayar cerek air yang panas akan bahaya.
Selalunya juga, pengawasan kepada bayi yang pakai ‘baby walker’ juga berkurang. Meningkatkan risiko kemalangan seperti jatuh tangga atau sebagainya.
Justeru, bapa kepada tiga cahaya mata ini meminta golongan ibu bapa menggunakan alternatif lain yang lebih efektif untuk membantu pembesaran anak-anak.
Jadi apa alternatif lain? Ibu bapa boleh gunakan ‘play gym’ atau ‘stationary activity center’.
Sebar-sebarkanlah semoga bermanfaat kepada semua. ‘Baby walker’ sikit pun tak bagus.
Video
@say_shazril0 Followers sy ramai juga yg tanya “doc tak pakai baby walker ke?”. Mujur @Public Health Malaysia ? original sound – say_shazril
Sumber: TikTok