Minggu lalu, personaliti media sosial, Dr Say telah menghantar anak sulungnya Ace ke sebuah sekolah swasta bagi menjalani fasa percubaan ke sekolah.
Sepanjang lima hari berada di sekolah tersebut, Ace berjaya menunjukkan pelbagai kemahiran ketika dinilai oleh tenaga pengajar. Tahniah Ace!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Kelar Anak: Dr Say Gesa Orang Ramai Tak Cepat Menghukum – ‘Saya Pernah Tergoncang Baby Sebab Stres’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say Gesa Mangsa Curang Bebaskan Diri – ‘Once A Cheater Will Always Be A Cheater’
Saya pun teriak
Menerusi video yang dikongsikan, Ace kelihatan sangat gembira ketika melakukan semua ujian yang disediakan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja, Ace dilihat sudah pandai mengira, menulis, mewarna, membaca dan yang paling penting bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
Perjalanan Anak Autismku, Ace. Yang dah lama follow saya mesti tahu struggle saya dan bini dari saat Ace didiagnose autism sehinggalah mencari therapy yang bersesuaian dengannya sehinggakan sanggup berkorban wang, masa dan tenaga so that he could at least live independently in case one day both of us are no longer in this world.
Going to school is one of the things we are scared of but Alhamdulillah, 5 days trial went well. The details are in the video. N its okay to teriak peeps sebab bila sy buat video ni pun sy teriak kao kao. Daddy love you so much Ace.
Menurut Dr Say, dia dan isteri sangat terharu melihat perkembangan Ace. Tambah Dr Say, segala pengorbanan mereka berhasil apabila Ace boleh berdikari sendiri.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Dr Say