Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi sebuah video mengenai puteri sulungnya Sophea Isabella. Namun, perkongsian itu berjaya mencuri tumpuan warga maya kerana remaja yang kini berusia 12 tahun sudah mencapai ketinggian ‘luar biasa’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Kembar Kali Ni, Maybe Next One’ – Dr Sheikh Muszaphar Tak Sabar Nak Tahu Jantina Anak Ketujuh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar Terkejut Tengok Berat Beg Sekolah Anak-Anak, Cecah Hampir Tujuh Kilogram
‘My daughter Bella’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Sheikh Muszaphar meluahkan rasa kasih dan sayang serta sedikit pesanan buat anak sulungnya yang sedang meningkat dewasa itu.
Buat anak perempuan saya, ingatlah bahawa Daddy akan sentiasa menyayangi kamu. Saya berjanji akan sentiasa berada di belakang kamu meskipun tidak selamanya akan ada di sisi.
Bukan itu sahaja, kapsyen yang dimuatkan dalam hantaran terbabit turut menarik perhatian pengikutnya. Mana tidaknya, apabila pasangan doktor ini mendedahkan puterinya itu kini memiliki ketinggian 163cm ketika berada di darjah enam. Bahkan, jauh lebih tinggi daripada remaja yang seusia dengannya.
Bella berumur 12 tahun pada tahun ini. Tinggi 163 cm. Anak pertama kami, seperti malaikat yang berjiwa cantik. Ayah sayang kamu Bella, sayang seperti selalu. Tolong jangan membesar terlalu cepat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan kagum melihat perkembangan dan tumbesaran gadis berusia 12 tahun yang semakin cantik itu. Malah, sebahagian besar warga maya menyatakan Bella akan membesar menjadi seorang gadis ‘beauty with brain‘.
Video
View this post on Instagram
Sumber: @drsheikhmuszaphar