berita

[VIDEO] Dua Puteri Dr Sheikh Muszaphar Ambil Lesen ‘Scuba Diving’, Netizen Cemburu Tengok

March 3rd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi meraih perhatian netizen apabila cara didikannya sentiasa menjadi inspirasi buat golongan ibu-bapa di luar sana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Miliki Ketinggian 163cm Di Usia 12 Tahun, Netizen Puji Kecantikan Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Bisik Sambil Tersenyum Di IG, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Kembar Kali Ni, Maybe Next One’ – Dr Sheikh Muszaphar Tak Sabar Nak Tahu Jantina Anak Ketujuh

Lesen scuba diving

Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan dua anak perempuannya sedang bersedia dengan peralatan keperluan untuk aktiviti scuba diving.

Dalam rakaman tersebut, Isabella, 12, dan Sophea Natasha, 10, sudah bersedia untuk terjun ke dalam laut.

Sebelum ini, mereka hanya dilihat berlatih di sebuah pusat latihan renang sebelum mengambil lesen aktiviti tersebut.

Hal ini meraih perhatian warganet apabila cara didikan itu dianggap sangat menakjubkan selain ibu bapa akan muda memberi pelepasan kepada anak yang ingin menceburi aktiviti lasak.

@drsheikhmuszaphar

#scubadiving

? Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

Mahal hantaran ni…

Selain daripada warganet yang memuji cara didikan angkawasan negara itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen secara berseloroh kepada bakal suami buat Tasha dan Bella untuk bersedia dengan jumlah hantaran yang tinggi.

Sumber: TikTok @drsheikhmuszaphar

SKIP THIS AD ×