Isu beg berat bagi murid sekolah rendah bukanlah satu perkara baharu, malah dianggap sebagai ‘never ending story’ kerana masih belum dapat ditangani sepenuhnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raih 10A Dalam Peperiksaan & Dapat Tawaran Jadi Pengawas, Dr Sheikh Muszaphar Gembira Lihat Kejayaan Anak-Anak
Terkejut tengok berat beg
View this post on Instagram
Personaliti media sosial Dr Sheikh Muszaphar turut bersuara mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram (IG). Kata Muszaphar, dia memutuskan untuk menimbang berat beg dan keputusannya sangat mengejutkan.
Dedah Muszaphar, anak-anaknya terpaksa menggalas beg yang seberat 5, 5.5 dan 6.5 kilogram (kg) ke sekolah.
Angkasawan Malaysia pertama ini menekankan bebanan yang dipikul itu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana boleh memberi kesan buruk pada masa hadapan.
Bagaimana ia boleh menjadi begitu berat pada badan rapuh yang semakin membesar itu? Pastinya tidak sihat untuk jangka masa panjang. Kasihan anak-anak.
PIBG & pihak sekolah kena bantu
Di ruangan komen, doktor bedah ortopedik menegaskan ini bukan soal manjakan anak tetapi lebih kepada mengutamakan kesihatan.
Rata-rata golongan ibu bapa bersetuju selain turut berkongsi pengalaman anak masing-masing.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar