berita

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-9, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Detik Perkenalan Dengan Isteri

October 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan bersama isterinya Dr. Halina pada hari ini. Menerusi akaun Instagramnya, beliau telah memuat naik sekeping foto bersama isteri tercinta berserta ucapan khas. So sweet!

Happy anniversary my love

View this post on Instagram

Pic – Our 9th Anniversary When I met Dr Halina way back in 2003 , she was a student of mine at HUKM answering my every questions . That’s when the interest and attraction sets in … I was just a young doctor doing my Masters in Orthopaedic at the time at the age of 30 – Haha that’s young to me … But I wasn’t just looking for beauty with brains . I wanted more than that … I knew what I wanted … I was looking for someone who has all the attributes – her faith , family , intellectuality and certainly beauty comes into play too . My Dad told me that if you wanted to marry a woman , date her mother and you will know everything about her . She will be exactly like her mother in every aspect and was my Dad right … I’d had married earlier then with Dr Halina if it was not for the Angkasawan Programme . The training & selection to Space itself cost me an extra 5 years and another 2 years upon coming back to fulfil my duties as an astronaut . I have always felt 32 is a good age for a man to settle down and 28 for women . But Allah knows best . Alhamdulillah on the 10.10.10 married at the age of 38 to Dr Halina 30 years old . It also coincides with my 12th anniversary to Space – 10.10.07 And my late Dad words of wisdom – to find a wife with a gap of 10 years if possible . Haha And now with 4 children Bella , Tasha , Adam & Noah and InsyaAllah with more to come , I’m truly content , fulfilled and blessed . Hoping it will lasts forever – Amiinn Happy Anniversary my love … The Mother of my Children … Continue being patient , for believing in me and being the pillar of my strength …. Love you till Jannah Just sharing … Salam Everyone … Love As Always … PS – TQ Everyone for all your DM messages 😘 PSS – A short breakfast date this morning before leaving to Alor Gajah for my talks in the afternoon … PSSS- I don’t usually open up talking about love publicly but today is an exception …

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Bersempena ulang tahun perkahwinan kesembilan, Dr Sheikh Muszaphar menceritakan semula detik perkenalan dirinya bersama isteri tercinta. Menurutnya, Dr Halina merupakan pelajarnya sewaktu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Tambahnya, pada masa itu dia sedang mencari wanita yang mempunyai pakej yang lengkap selain bijak dalam semua aspek. Beliau turut berkongsi pesanan ayahnya, jika hendak berkahwin dengan seseorang wanita, bergaulah dengan ibunya dahulu supaya sifat keperibadian wanita tersebut dapat dilihat melalui ibunya. Ternyata, sifat dan keperibadian Dr Halina sama seperti ibunya.

Terpaksa berjauhan selama 7 tahun kerana mengikuti program angkasawan, menyebabkan beliau kagum dengan kesetiaan isteri tercinta lalu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina pada 10 Oktober 2010. Walaupun umurnya ketika itu sudah mencecah 38 tahun. Bersempena ulang tahun perkahwinan, Dr Sheikh Muszaphar bersyukur dikurniakan isteri dan ibu yang baik buat anak-anaknya. Beliau berharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga selamanya.

Happy space anniversary to my dearest

Menerusi Instagram Dr Halina, dia berkongsi video perkahwinannya dengan suami tercinta. Pada masa yang sama, dia turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat ulang tahun hari angkasawan buat suaminya.

Ucapan netizen

Rata-rata netizen memberikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan tersebut. Mereka juga meluahkan perasaan kagum melihat cara didikan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dalam mendidik anak-anak.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.