Meskipun sering berkongsi video mengalunkan ayat suci Al-Quran, namun terdapat segelintir warganet yang mengecam niat baik usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Jawab Dakwaan Hidup Hanya Tumpang Kesenangan DSV – ‘Mungkin Saya Tak Akan Jadi Hebat Seperti Mama Tapi..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Bagi ‘Green Light’ DSV Kahwin Lagi – ‘Tapi Mama Janganlah Buta Kerana Cinta’
Bosan tengok muka
@datoserividaofficial MAAF KALAU MUAK & BOSAN TENGOK SAYA MENGAJI ? SAYA PUN MASIH DALAM PEMBELAJARAN ?? MUJUR ADA QURAN TAJWID DIGITAL #datosrivida #quputehbarulahputeh #foryou
Menerusi hantaran di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuat naik video yang memaparkan salah satu komen negatif daripada seorang individu.
Macam dia seorang sahaja hafal Al-Quran. Bosan tengok muka ni.
Usahawan berusia 53 tahun itu kemudian memohon maaf andai perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang terhadap warganet.
Maaf kalau muak dan bosan tengok saya mengaji. Saya pun masih dalam pembelajaran.
Ini adalah Al-Quran yang saya buat untuk saham akhirat saya. Di saat Allah telah mengambil anak-anak saya dan kalau Allah juga ambil saya ketika itu, apakah bekalan saya?
Maka saya nak bekalan di atas saham ilmu bermanfaat yang membawa ke syurga.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar individu berkenaan dan menyokong usaha Vida.
Menurut warganet, Vida telah menunjukkan contoh yang baik seterusnya dapat mengalakkan orang ramai untuk membaca dan menghafal Al-Quran.
Orang-orang terkenal ini memang elok buat amalan agama secara terbuka, sebab mereka ada ramai pengaruh dan pengikut.
Sepatutnya kita cemburu dengan kelebihan orang lain dan berusaha menjadi seperti dia.
Sekurang-kurangnya dia hafal walaupun dia kaya tetapi dia tidak lupa pada pencipta.
Sumber: TikTok DSV