berita

[VIDEO] Dua Bungkus Nasi Lemak Cecah RM40, Lelaki Minta Renungkan Harga Sekarang

February 10th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Peningkatan harga barang membuatkan rata-rata masyarakat lebih bijak dalam membeli barang-barang keperluan.

Namun, berbeza kali ini apabila seorang lelaki yang membeli dua bungkus nasi lemak dengan jumlah harga sebanyak RM40.

Artikel Berkaitan: Nasi Lemak 90 Sen Bukan Gimik, Pak Mat Western Tak Menipu

Artikel Berkaitan: Teringin Nasi Lemak Selepas Pulang Dari Tokyo, Lee Zii Jia Terkejut Dapat Tiga Bungkus – ‘Saya Akan Cuba Sebaik Mungkin Habiskan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berapa Sangat Akak Tu Dapat…’ – Peniaga Nasi Lemak Disamun

Renung-renungkan la nasi lemak sekarang

@han_aziz_

Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling

? original sound – Han Aziz – Han Aziz

Menerusi hantaran di TikTok, individu tersebut sedang membuka satu per satu bungkusan nasi lemak dengan menyatakan harga bagi setiap bungkusan yang dibelinya.

Hal ini mendapat perhatian ramai netizen apabila jumlah harga kedua-dua nasi lemak itu dianggap harga ‘kayangan’. Walau bagaimanapun, ruangan komen telah ditutup oleh pemilik akaun tersebut.

Ini nasi lemak dan ini RM18. Ada telur mata, sotong, ayam goreng dan sambal. Dengan nasi tambah.

Yang ini nasi lemak kedua berharga RM22. Sama macam nasi lemak yang pertama cuma beza yang ini saya tambah rendang dan tiada telur mata.

Jadi, macam mana? Renung-renungkan la nasi lemak kita sekarang.

Perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Han Aziz itu meraih lebih 750,000 tontonan di TikTok dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik.

Sumber: TikTok @han_aziz

SKIP THIS AD ×