berita

[VIDEO] Dua Lelaki Lempar Duit Dari Atas Bumbung Surau Sebagai Sedekah Buat Anak Yatim Dikecam Netizen

August 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial Indonesia memaparkan tindakan dua lelaki yang dikatakan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dengan cara melempar wang dari atas bumbung sebuah surau.

Lempar duit dari atas bumbung surau

Menerusi video pendek yang dikongsikan di Instagram Pekalongani Info, memaparkan dua orang lelaki sedang berdiri di atas bumbung sebuah surau sambil melemparkan sejumlah wang kepada orang ramai yang berada di bahagian bawah.

Menurut sumber, kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa majlis menyantuni anak-anak yatim berlangsung di surau terbabit. Wang yang berterbangan itu kemudian menjadi rebutan kanak-kanak yang dipercayai merupakan anak yatim. Situasi tersebut turut disaksikan oleh penduduk kampung yang turut hadir di surau terbabit.

Video yang dikongsikan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Mereka berpendapat tindakan seperti itu tidak wajar dilakukan apatah di tempat orang melakukan amal ibadat.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PEKALONGAN INFO ?? (@pekalonganinfo)


Sumber: Pekalongani Info

SKIP THIS AD ×