berita

[VIDEO] Dua Tahun Di Pasaran, Neelofa Bakal Hentikan Pengeluaran Produk Innai Nunha

February 19th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa memberitahu produk ‘innai brown’ keluaran Nunha bakal ditamatkan jualan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: Neelofa Syukur Bilal Pandai Kira Nombor, Kenal Huruf & Baca Surah-Surah Pendek Pada Usia Setahun 10 Bulan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Duduk Di Dunia Seperti Orang Fakir & Lemah Kerana Akan Sentiasa Meminta Kepada Allah’ – Neelofa

Sayonara

Menerusi posting di Instagram Story, Neelofa berkata dia sedar produk tersebut disukai ramai berikutan ia tahan lama. Namun begitu, isteri kepada PU Riz ini berkata, pihaknya terpaksa menamatkan pengeluaran dan penjualan produk tersebut setelah dua tahun berada di pasaran.

Neelofa turut berterima kasih kepada semua pembeli yang sentiasa menyokong perniagaannya. Di samping itu, Neelofa turut memberitahu bahawa pihaknya bakal mengadakan jualan penghabisan stok secara murah pada 22 sehingga 24 Februari ini.

Sayonara Innai Nunha Signature Brown. Saya akan buat semua jualan stok innai Nunha ini pada pukul 9 pagi sehingga 12 pagi di TikTok Live. Saya akan jual murah sangat. Harga satu kotak RM8 dan dua kotak RM5.

Video

Sumber: Neelofa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×