Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam penyelewengan wang zakat.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hairan Ramai Pakat Seru LHDN – ‘Ingat Saya Baru Buat Business Sehari Ke?’

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Ada Lebih 200 Aset, Kumpul Sejak Usia 19 Tahun – ‘Antaranya Kondominium & Apartment’

Kenapa nak sakau?

Menerusi perkongsian video di TikTok, Aliff, 38, menyifatkan tindakan pihak berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Awak punya hati ini ada apa ya? Hati binatang atau hati apa?

Duit zakat pun nak sakau.

Tahu tak duit itu untuk golongan fakir miskin, ibu tunggal dan pelajar.

Awak sakau kenapa?

Fikir, patutnya duit itu dapat untuk orang miskin.

Punca orang tak dapat zakat

Dalam pada itu, Aliff menegaskan perbuatan tersebut menjadi punca ramai yang benar-benar memerlukan bantuan gagal menerimanya, walaupun telah merayu berkali-kali.

Tambahnya lagi, insiden berkenaan secara tidak langsung menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi zakat di seluruh negara.

Orang lain merayu-rayu minta zakat tak dapat-dapat, awaklah puncanya,

Selepas itu, tak fasal-fasal yang mencurinya seorang tetapi semua pusat zakat lain pula terpalit.

Orang jadi takut nak bagi zakat kepada pusat zakat.

Ujar Aliff lagi, dia bekerja keras dalam perniagaan demi membantu golongan yang memerlukan.

Tahu tak, saya ini berniaga siang malam, dengan niat nak bantu orang beri zakat.

Saya ini jual beg dan macam-macam produk demi misi nak beri zakat kepada orang sebanyak yang mungkin tetapi awak tukang sakau.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ialah antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Sumber: TikTok