Pelawak dan pelakon Ebby Yus meneruskan perjalanan dalam bidang seni kerana minat sekali gus untuk membuktikan dirinya mampu menapak nama dalam industri.
Artikel Berkaitan: Buah Pinggang Ebby Yus Rosak, Perlu RM5k Sebulan Untuk Sewa Mesin Dialisis – ‘Tak Ada Jalan Lain Melainkan Ada Penderma’
Artikel Berkaitan: ‘Inilah Bahasa Tuhan, Kita Mesti Faham Kehidupan Hanya Sementara’ – Ebby Yus
Cita-cita nak jadi pelakon
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkongsi kisah ketika zaman persekolahan bersama seorang guru.
Ujarnya, guru tersebut tidak mempercayai dengan cita-citanya untuk menjadi seorang anak seni dalam industri hiburan.
Cikgu saya pernah tanya cita-cita saya apa sebab saya nakal ketika zaman sekolah.
Saya bagitahu cikgu tersebut, saya nak jadi pelakon.
Cikgu itu cakap, kalau betul saya boleh jadi pelakon, ludah muka dia.
Jumpa kembali cikgu lama
@inspirasi.my Kita pun dulu zaman sekolah nakal sampai kena warning murid gagal. Ni pula cerita dari @ebbyyusoriginal pun boleh tahan kasar ye ? Saksikan Sembang Selebiriti hanya di @unifi TV saluran Inspirasi 118. #KongsiInspirasiMy #InspirasiUnifiTV ? original sound – Inspirasi.MY
Berkongsi lebih lanjut, Ebby memaklumkan dia kembali ke kampung sejurus dirinya berjaya menapak nama dalam industri.
Ujarnya lagi, dia dipertemukan secara kebetulan dengan guru tersebut.
Saya tegur dia.
Saya cakap, saya bukan nak ludah cikgu tapi nak mintak maaf.
Dalam pada itu, Ebby memberitahu untuk membuktikan bahawa diri ini boleh mencapai apa yang dikehendaki walaupun menjalani perjalanan yang tidak mudah.
Sumber: TikTok inspirasi.my