Personaliti media sosial, Elcah memilih untuk menutup buku dengan memaafkan suaminya Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri yang didakwa curang bersama seorang wanita.
Artikel Berkaitan: Elcah Dedah Suami Diganggu Pramugari, Siap Minta RM20K! – ‘Seronok Eh Dia Panggil Suami Orang Baby Sayang, I Love You’
Artikel Berkaitan: Influencer Selamat Kahwin Buat Kali Ke-3, Terima Mercedes Sebagai Mas Kahwin
Maafkan Afi
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha, berkata dia memaafkan Afi dan juga wanita tersebut, namun tidak dapat menghapuskan kesalahan mereka dari ingatannya.
Kepada suami saya Afi, saya maafkan awak, saya harap awak berubah.
Dan kepada “wanita yang tidak bersalah” saya tahu saya isteri yang lurus bendul, isteri yang bodoh seperti awak katakan pada saya. Saya maafkan awak tapi saya tak akan pernah lupa apa yang awak buat ni sampai bila-bila.
Terima kasih sebab sanggup awak buat anak saya hidup huru-hara ke sana ke sini. Awak tak kesian ke anak saya hidup dalam ‘broken family’? Semoga Allah membalasnya.
Rentetan itu, Elcah menegaskan dan memberi peringatan kepada wanita terbabit agar tidak lagi mengganggu rumah tangganya.
Saya tak kata suami saya tak salah. Awak nak tengok CCTV ke apa Afi kena dengan saya? Takut awak pun seram tengok gila saya, jadi biar yang tahu sahaja tahu saya handle keadaan ini dengan Afi.
Saya maafkan Afi dan saya tak nak awak muncul lagi buat kali ke tiga.
Dalam masa yang sama, Elcah berkata wanita tersebut tidak sepatutnya menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya dan perlu memaklumkan tentang perhubungan mereka lebih awal.
Lain kali, bila suami orang melayan jangan ikut melayan. Dah tahu suami orang, seronok lagi main sep sep tomtom. Dua dua miang kan? Layak la.
Sepatutnya kalau awak berpihak di sebelah saya, terus bagitahu saya apa yang berlaku. Ni bukan nasi dah jadi bubur baru awak nak bagitahu saya itu ini.
Sebelum ni seronok pula you bervideo call curi curi. WhatsApp curi-curi tunggu suami saya bagitahu line clear ke tidak untuk hubungi satu sama lain. Jadi sama saja. Lain kali tahu suami orang gatal jangan sama-sama gatal juga sekali okay?
Saya marah sebab awak perempuan, saya perempuan tak kan tak faham lagi? Kenapa perlu sama sama gatal melayan kalau awak tak kisah sangat pasal Afi tu suami orang patutnya dari awal dah beritahu, bukan sekarang sampai nak minta duit itu ini.
Terdahulu, Elcah membuat pendedahan mengejutkan mendakwa seorang wanita telah mengganggu rumah tangganya bersama suami, Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.
Elcah juga mendakwa wanita terbabit yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkenal itu pernah meminta wang berjumlah RM20,000.
Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Hafizuddin pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.
Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Sumber: IG Elcah