Pelakon Elisya Sandha berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Elhaq Dah Pandai Mengadu – ‘Kuat Membebel Ikut Perangai Siapa Ni?’
Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Luah Hasrat Nak Cucu Lelaki, Elisya Sandha & Suami Sibuk Cari Duit Beli Rumah RM1.2 Juta
Elisya hamil anak kedua
Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan, 25, turut berkongsi momen ketika membuat kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy mengenai kehamilan keduanya itu.
Anak lelaki kepada pelakon Sheila Rusly itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata tatkala membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT).
Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki yang terbesar dalam hidup.
Terima kasih atas doa kalian, Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah.
Menerusi video yang sama, Elisya turut berkongsi reaksi daripada ahli keluarga, keluarga mentua dan rakan-rakan apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.
Sekadar info, Elisya dan Uzair berkahwin pada Ogos 2017 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Bunga yang kini berusia dua tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Elisya Sandha