berita

[VIDEO] ‘Emak Disahkan Covid-19, Esok Abah Pula Diambil KKM…’

November 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Perasaan sedih dan bimbang pasti menyelubungi hati Irashahira Muajb II dan keluarga apabila ibu bapa mereka baru sahaja disahkan positif Covid-19. Lebih meruntun hati apabila dia dan ahli keluarga yang lain turut ditahan di hospital kerana mereka merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 (ibu bapa).

Video yang dikongsikan oleh Irashahira di Facebook telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya sebak menonton video tersebut.

Ibu bapa positif Covid-19

Allah nak bagi ujian sehebat mana kita mampu untuk ujian ini. Emak disahkan Positif Covid-19 pada (10/11/2020) atas sebab demam 2minggu dan tidak pasti contact rapat dengan siapa, emak terus digegaskan ke hospital HSI Johor untuk dimasukkan icu atas sebab pesakit buah pinggang dan tidak sedarkan diri.

Esok abah iera pula diambil oleh orang kkm untuk rawatan lebih lanjut atas sebab contact rapat dengan emak, dan abah disahkan positif pada (12/11/2020) hari nie allah. Pada hari yang sama kami iera, jawa, mika dihantarkan pula ke hospital yang sama dengan emak dan abah cuma berasingan bilik, emak di icu, abah dibilik positif dan kami dibilik lain.

Menerusi perkongsian tersebut, Irashahira memaklumkan bahawa ibunya mengalami demam selama 2 minggu sebelum disahkan positif Covid-19 pada 10 November yang lalu dan seterusnya dikejarkan ke hospital. Disebabkan mempunyai kontak rapat dengan ibu, keesokan hari, bapanya pula dijemput oleh KKM dan disahkan positif Covid-19.

Sedihnya

Kami memerlukan doa ( Alfatihah ) untuk kami semua yang tersenarai nama iaitu :-

Positif Covid
Alfatihah Fatimah binti Paiman
Alfatihah Misran bin Kamaran
“Masih tunggu keputusan 10 orang lagi” Alfatihah
Salem bin Misran, Suria binti Misran, Normah binti Misran, Shahira binti Misran, Mohd Shahrudin bin Rahaman, Muhammad Aweera Mikail bin Mohd Shahrudin, Shafarina bte Musa, Muhammad Raiqal bin Salim, Nurqaseh Sumayyah bte Salim. Alfatihah yang dapat bantu kami lawan sakit ni.

Tambah wanita ini lagi, dia bersama ahli keluarga yang lain turut dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan Covid-19. Sehingga kini, seramai 10 orang ahli keluarga yang juga merupakan kontak rapat sedang menunggu keputusan Covid-19. Dalam kesempatan itu, Irashahira memohon bantuan orang ramai mendoakan supaya kesemua mereka mampu melawan wabak maut ini.

Semoga dipermudahkan

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa sebak selepas menonton video tersebut. Tidak kurang juga yang berharap agar keluarga ini terus kuat menghadapi ujian dan diberi kesembuhan dengan segera.

Sumber: Irashahira Muajb II

SKIP THIS AD ×