berita

[VIDEO] Emma Maembong Tak Pernah Baca Skrip

October 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

emma

Pelakon Emma Maembong berkongsi kehidupannya tinggal bersama ayah tercinta, Ismail Embong selepas bercerai dengan ibunya, Yatimah Zainab.

Artikel Berkaitan: Emma Maembong ‘Angkut’ Suami, Anak & Pembantu Ke Set Penggambaran – ‘Saya Menangis Tiada Mereka’

Artikel Berkaitan: Emma Maembong Tak Tersinggung Dituduh Berpantang Tak Serius -‘Saya Anggap Netizen Ambil Berat’

Tak pandai membaca

@emmamaembongs Informasi yang Emma Maembong share this time paling rare! So this episode bakal bersiaran selama SATU jam! Ayoh suka tak Emma jadi pelakon? Pastinya ekslusif di HLive: One On One saja bersama hos @farhana.ab.rahman Set time korang Isnin (23 Oktober ini : Isnin) pukul 11pm di Astro Ria! Ok lock! #emmamaembong #emmashazli #shariqgabriel #shakilaryanshah #industri #seni #tempatan #latest #trend #gosip #panas #kontroversi #update #hlive #hlivekongsi #sensasi #trending #sosialmedia #instagram #tiktok #selebriti #artis #pelakon #penyanyi #astroria #oneonone #pengacara #oneonone #astroria #special #ekslusif #kongsi ? original sound – Emma Maembong

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Emma berkata dia melalui fasa yang sukar apabila ibu bapanya berpisah.

Kata Emma, dia dan adik beradik lain tidak berpeluang untuk melalui zaman seperti kanak-kanak lain dengan pergi ke sekolah.

Ada la macam krisis keluarga.. tak sekolah, ibu bapa berebut anak dan bercerai. Semasa proses penceraian, pada masa itu sangat sukar. Jadi, saya tinggal dengan ayah.

Ayah macam tak reti jadi bapa tunggal (single parents). Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. Jadi, kami ponteng sekolah.

Kawan baik tolong baca skrip

Emma Maembong

Aktres berumur 31 tahun itu tidak malu mendedahkan dia sebenarnya tidak pandai membaca.

Satu hari bila masuk sebuah kedai nak beli makanan tetiba nampak buku komik. Banyak komik kat situ. Saya ambil dan buka. Macam mana nak baca?

Siapa-siapa yang datang rumah, saya akan tanya macam mana nak sebut ‘A’? Orang yang ajar itu saya ingat. Bila ingat, saya tulis. Saya cuba dan terus cuba. Tapi tak pernah beriya.

Dalam pada itu, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail berkata dia mula bersungguh-sungguh belajar selepas menerima tawaran berlakon daripada pengarah, Erma Fatima.

Sampai Erma Fatima tawarkan saya berlakon. Saya tau kalau nak sesuatu, maksudnya saya kena banyak membaca. Jadi, saya cuba baca skrip setiap hari.

Tapi masa itu, kawan baik saya yang tolong bacakan. Dia yang baca dan saya ingat. Saya tak pernah baca skrip.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×