Kes yang terjadi dalam rumah tangga pengacara Shuk Sahar sekaligus memberi kesan kepada anak-anak.
Hal itu meraih perhatian netizen yang turut sebak dengan tindakan anaknya.
Artikel Berkaitan: Rossa Sera Suap Shuk Sahar Makan Di Makkah, Netizen Luah Rasa Syukur Tengok Kembali Bahagia
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar & Rossa Terima Keputusan Mahkamah Selepas Balik Umrah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diberi Peluang Jadi Tetamu Allah Buat Kali Kedua, Shuk Sahar Teruja Tunai Umrah Bersama Rossa Sera
‘Adik nak ayah’
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video yang dilihat Shuk sedang berpelukan dengan anak bongsunya, Nur Assyifatu Aimi yang enggan berjauhan.
Apa yang lebih menyentuh hati netizen apabila anaknya menangis teresak-esak untuk berpisah kerana masih kecil untuk faham apa yang terjadi di antara ibu bapanya.
Difahamkan video itu diambil ketika Shuk di Sabah dek kerana anak-anaknya yang kini menetap di sana bersama bekas isterinya, Rossa Sera setelah mereka sah bercerai pada 22 Mac lalu.
@nurrhidayah33 Replying to @liyanaadzra82 ni lg sedih??
Nasihat dari netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan gelagat anak kecil pelawak itu. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang meninggalkan pesanan untuk menjaga hubungan kerana derita yang ditanggung anak itu membawa hingga dewasa.
Sumber: TikTok @nurrhidayah33