Status rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dengan isteri, Rossa Sera kembali menjadi perhatian apabila mereka berdua dilihat menunaikan umrah bersama.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sambut Kepulangan Shuk Sahar Dari Umrah, Netizen Puji Baik Hati Rossa Sera – ‘Amanah Yang Menjadi Bukti Cinta Kita Dahulu’
Artikel Berkaitan: Sedang Tunai Ibadah Umrah, Shuk Sahar Sempat Balas Komen Fara Salleh
Artikel Berkaitan: ‘Penat Tidur Dengan Hati Kecewa’ – Isteri Shuk Sahar
Perbaiki diri jadi lebih baik
@rossa.sera Doakan kami berdua? #fyp #rossasera #shuksahar
Di TikTok, Rossa memohon doa daripada semua orang agar dia dan Shuk dapat memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik selain mendapat umrah yang mabrur.
Assalamualaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri. Nervous tapi happy sangat, Alhamdulillah.
Sementara itu, Shuk turut memuat naik dua posting di akaun Instagramnya. Menurut Shuk, dia bersyukur kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah buat kali kedua bersama Rossa. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan Shuk dan Rossa kembali bersama.
Sumber: Rossa Sera