Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima memuji tindakan berani rakan seperjuangannya, Aqasha yang sanggup memotong rambut pendek demi sebuah watak.

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Tiada ‘Plan’ Buat Sambungan Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Kalau Tak Cukup Konflik, Akan Rosakkan Karya’

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kongsi Realiti Kes Sosial, Kesal Ramai Jijik Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Masih Nak Simpan Bawah Karpet?’

‘Real actor’

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Fatimah Rahmad Ali memuat naik video memaparkan rambut Aqasha digunting untuk sesi penggambaran drama pada masa akan datang.

Menurut Erma, ramai yang mempunyai bakat dalam lakonan namun tidak semua sanggup berkorban.

Pelakon sebenar. Ramai yang tolak watak ini sebab tak sanggup nak potong rambut pendek nombor tiga.

Tapi Aqasha terima. Well, ramai yang boleh berlakon tapi tidak semua sanggup jadi pelakon.

Syabas adik saya, Aqasha.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila rambut aktor itu dipotong.

Kata netizen, Aqasha merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai rambut yang cantik namun segelintir mereka memberikan kata-kata semangat selain tidak sabar mahu melihat lakonannya.

Komen netizen

Sumber: Threads